.

Wednesday, April 9, 2014

Istikharah Cinta...

Apa yang bermain di benak fikiran anda tatkala melintasi topic di atas. Ya, ISTIKHARAH CINTA.


"ooo.. hat ni orang yang selalu banyak sangat pilihan jodoh, tak tau mana satu nak pilih.."
" Nak kahwin la tu. Alhamdulillah da sampi seru kau jang oi.."
"Hamboi hang..cinta kemain.hihi (malu2 kambing)"

Okay. To be honest. Ni yang ada dlm otak aku dulu2. Bila ustaz sebut pasal istikharah, haaa mmg tak lari la bab jodoh. Kahwin. So, simply boleh kata dulu aku punya equation adalah Istikharah+Cinta=Jodoh+Kahwin. Hikhik. Dulu kalau sebut pasal kahwin, gatai kemain. Padahal spender pn mak yang belikan. Choi! -.-'

Even sekarang pn, ramai je yang faham macam tu. Eh, ke tak? Krik krik.
Hari tu, mak usrah kami kata, elok je kalau jadikan solat istikharah part of solat sunat sepertiga malam kita. Sebab kalau kita faham, istikharah tu kan bila mana kita mengharapkan pertolongan dari Allah agar diberi petunjuk apa yang terbaik untuk kita. Terbaik untuk kita dari segala sudut. Bukan jodoh je :)

Bila mak usrah kata macam tu, aku terdetik 'eh, boleh ek? asal tak terfikir nak include sekali ek?' Sebabnya pada aku, solat di sepertiga malam or Qiamul Lail ni selalu nya include Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat and Solat Sunat Witir. Ini yang kebiasaannya la. Dulu masa kat sekolah asrama, Alhamdulillah ade je badan dakwah dan rohani buat Qiam seminggu sekali, setiap kamis malam jumaat. So yang biasa di buat 4 solat sunat tu la. 

Dulu aku fikir la logik sequences of solat-solat sunat tu. Mula-mula Solat Sunat Tahajjud, solat sunat dua rakaat lepas terjaga dari tidur. Okay lepas tu Solat Sunat Taubat. Sebelum minta sesuatu hajat kena la bersihkan diri dulu, barulah tenang nak meminta-minta dengan Kekasih Hati. Lepas Solat Sunat Hajat last sekali Solat Sunat Witir as mcm penutup la. Kadang-kadang pernah je buat solat sunat tasbih. 

Aku berjinak-jinak dengan Qiam ni bila start masuk sekolah asrama la. Bagus sekolah asrama ni. Dia punya rules tu boleh kata macam dictator. Tapi... Bermula dengan paksaan la lama-kelamaan ia menjadi rutin. Tapi aku..jadi rutin ke? Sebelum ak ditarbiyah ni mmg la aku penah hidup dalam kejahilan. And sebelum kejahilan tu, aku pernah 'terpelihara'. Terpelihara ni bukan la terpelihara dari sebarang dosa ke ape. Tapi macam terjaga la jugak. Sebab sekolah asrama kan. And reflection sbg student Sains Agama. Bunyi mcm terpaksa je. Ok mcm da meleret kisah hidup sendiri. Keluar, keluar!

Apa nak tulis tadi ek?

Okay, Istikharah. -.-'

'Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah'

Ni part of doa Al-Ma'thurat. See? indirectly kita minta pada Allah agar guide kita, agar kita tak sewenang-wenangnya buat keputusan yang melulu. Agar bukan kita yang menentukan nasib kita tetapi Allah. Sebab tu la perlunya Istikharah. Dan Istikharah ni bukan pada masa tertentu sahaja. Tapi kalau boleh setiap masa. Kita tak tahu apa yang kita buat hari ni adakah pilihan yang terbaik buat kita atau sebaliknya. Moga-moga Allah memberi petunjuk dengan menggerakkan hati-hati kita :)

Istikharah Cinta. Memang tak salah pun untuk memohon petunjuk soal jodoh, menyebut satu nama yang diimpi. Asalkan kita tak lupa menyebut nama mak, ummi, mama, ibu dan juga abah, ayah, papa serta keluarga tercinta :)

Rasanya da boleh start kot amalkan solat sunat Istikharah ni. Moga-moga Allah beri petunjuk dengan menggerakkan hati-hati kita semua ni untuk membuat pilihan yang terbaik dalam apa jua perkara sepanjang hidup kita. In Shaa Allah. Mudah-mudahan diberkati Allah.

Tatkala mendengar Istikharah Cinta teringat kat sahabat-sahabat yang baru mendirikan rumahtangga. Aseef tak dapat bertandang ke walimatul 'urus. Maaf atas keberadaan diriku jauh nun di sini. Doaku selalu buat kalian semua.

'Jika kita faham Cinta sekadar gerbang perkahwinan sahaja, maka amatlah sempit pemikiran kita..
Padahal Cinta itu memerlukan kita berfikir cara bagaimana hubungan itu mendapat keredhaan Allah..
Maka itulah Cinta yang MAHAL..
Cinta yang mahal ni dirasai dan dihayati oleh orang-orang yang MAHAL sahaja..
Bersama menggapai Cinta High-Class..'

Mabruk 'Alaikum~

No comments:

Post a Comment

de nk komen2??