.

Saturday, April 5, 2014

Hati-Hati dengan Hati

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itulah yang hakiki
Kalau hati itu bersih...

*********************************************************************
" Eeeeee susah betol la nak jaga hati semua orang ni!!" 
STRESS!- Gary Oppa

Susah ek? Ye kot. Tak rasa jaga hati sendiri tu lagi susah ke? Jaga hati sendiri bukan la maksudnya pentingkan diri sendiri. No! Bukan ke kalau kita pandai jaga hati sendiri maka tak kan timbul isu orang tak puas hati dengan kita. Faham ke? Ke macam keling ayat ni?

Cuba fikir balik, kenapa timbul isu orang tak puas hati dengan kita? Mesti sebab kita ada buat 'something wrong' kat dia kan. Orang kalu hati dijaga dengan baik, dia tak kan buat perkara yang melukakan hati orang lain. Orang jenis macam ni dalam hati dia penuh dengan sifat-sifat mahmudah. Susahkan nak jadi orang macam ni. Sebab tu nak jaga hati sendiri lagi susah daripada nak jaga hati orang lain. Tapi lain pulak kisahnya kalau nak puaskan hati sendiri. Nak rasa puas hati, lantak ko la nak buat apa pun labu!!!

Hati ni nampak je kecil tapi dia menggambarkan siapa kita sebenarnya. Tak percaya?

Dari An-Nu’man bin Basyir beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka akan buruk seluruh tubuh manusia, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati manusia.” (Muttafaqun’alaih)

So sekarang setuju tak dengan statement nak jaga hati sendiri tu lagi susah? Pernah tak terdetik kadang-kadang dalam hati kita, kita buat sesuatu tu untuk menunjuk-nunjuk. Atau pun kita buat sesuatu tu ade niat lain. Contoh la, ade je orang jadikan laman sensawang like Facebook, Instagram, Whatsapp sebagai medium dakwah. Tapi kadang-kadang terdetik dalam hati dia, dia buat post tu sebab nak dapat banyak like. Setiap saat duk 'refresh' punya nak check da berapa banyak like. Eh ade ke orang macam ni? Krik krik

Tak yah nak kata orang sangat la. Kita pun macam tu kadang-kadang. Eh, no! Bukan kita, AKU. Kamu semua baik-baik belaka. So, sejak kenal dengan tarbiyah ni, selalu je usaha untuk update and upgrade niat. Agak-agak macam da terpesong dari niat asal, cepat-cepat istighfar dalam hati. Astaghfirullah... Ni la kot cara paling mudah nak jaga hati. Tapi tak semudah memetik jari. Kena berterusan, Istiqamah. Baru berhasil.

Pernah dengar lagu Ubat Hati by Opick? Ubat hati ni ada lima.


In Shaa Allah, kalau kita amalkan kesemua ni. Terpelihara hati. Terubat hati daripada segala penyakit hati :) Tapi biasalah, nak buat benda baik ni, niat sahaja tak mencukupi. Duk menangguh-nangguh. Benda baik kalau ditangguh-tangguh tak menjadi punya la. Balik-balik tang tu jugak la kita..

Jom buat checklist sama-sama nak? Tick mana yang kita da buat, take note mana yang belum terlangsai lagi. Setiap hari, sepanjang masa. Moga kita semua terus istiqamah. Mudah-mudahan mendapat redha Allah.... Allahumma Ameen...


No comments:

Post a Comment

de nk komen2??