.

Thursday, June 10, 2010

Terdapat Beberapa Kategori Peluk Bantal Dan Perwatakan...


1) Memeluk Bantal





Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
................................................................................................

2) Menggunakan Banyak Bantal


Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
.............................................................................................

3) Tidur Dengan Satu Bantal



Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
........................................................................................

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
..........................................................................................

5) Tidur tanpa Bantal



Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
............................................................................................

6) Takde bantal



Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!!
hehehehehehe (",)...

Tuesday, June 8, 2010

Banding-Beza Perempuan Lawa Atau Tidak

"Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

so..hina sgt ke jd pompuan x lawa ni??..kna ingt,cntik nya seseorang itu xkekal lama..dan kecantikan luaran tuh x mncukupi untuk menilai 'cantiknya AKHLAK dan PERIBADI seseorang tuh..'
tak dinafikan selalunya laki2 akn mudah tertarik ngn pompuan2 yg cntek..
mcm tuh jgak pompuan..mudah terpikat ngn laki2 yg ensem..
tp wat 4??...
cantek @ ensem tuh penjamin kebahagiaan msa depan or wat??


تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين
تربت يداك

Maksud hadith
: Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang berAGAMA, nescaya engkau akan beroleh keuntungan.
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
............................................................................
4 da gurlzz~~
kita seharusnya perlu bersyukur kerana telah dilahirkan ke dunia ini sebagai wanita..
..kerana..
WANITA hiasan dunia..
seINDAH hiasan adalah wanita SOLEHAH..
yg akan membahagiakan SYURGA...
di dalam rumahtangga..
InsyaALLAH...
...........................................................................
dan aku...
sdg mncari sape aku sebenarnya...
aku cuba untuk mencari diri 'aku' yg dulu..namun aku gagal..
puas aku mncari..
tapi 'aku' teros hilang,..
mungkin aku perlukan 'seseorang' untuk aku berubah mnjdi diri 'aku' yg dlu semula...
i juz wanna 2 say dat..
aku sedih dgn diri aku yg sekarang...
COME BACK NURUL HARYANIE MISRAN~~~~~



really miz dat moment...

hey frens..
i need all of u to guide me...
ukhwah fillah abadan abada..
wa uhibbukum fillah...


Monday, June 7, 2010

PantuN SukA-SukA

Pantun Suka Suka untuk yang Bercinta.... atau pernah bercinta. eKekek

siakz.. ;)

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

bila anak dua
lain pulak cerita,

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?...