.

Monday, March 31, 2014

Ketika Tarbiyah Menyapa..

"Tarbiyah tu ape ek?"

"Macam pernah dengar, tapi kat mana ntah"

ooo ni ade dalam lirik nasyid yang
'ujian adalah TARBIYAH dari Allah..
Apakah kita kan sabar, atau pun sebaliknya'

Tarbiyah tu.. Tarbiyah laaa! -.-'

*************************************************************
Tadi pi tanya jiran sebelah, pocik Google namanya. Hebat sgt orgnya. Tanya la pape pun, semua dia jawab just in a second! Tapi depends jugak. Kadang2 dia blur, macam roomate aku (internet slow). hehe Bila aku tanya " Pacik, Tarbiyah tu ape ek?". Nah terus dia tunjuk kitab Wikipedia dia yang berjela. Aku ambil yg key point je la. Dalam kitab tu dia kata Tarbiyah ni berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pendidikan.

Ooo ok. Pendidikan. Macam kita belajar kat sekolah tu ke? Ade Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah (eleh nak habaq dia belajaq sains agama lettew, menyampah den -.-'). 

Tarbiyah tu mmg satu bentuk pendidikan. Tapi ia sgt lain dengan pendidikan biasa yg kita faham selama ni. Bagi aku, Tarbiyah ni satu pendidikan fizikal dan rohani yg mana di akhirnya nanti akan membawa kepada perubahan. Perubahan yg macam mana tu? Nak tahu, kena lah cari Tarbiyah tu dulu. Baru kita faham dengan hati. Kalau aku habaq kat sini pung pang pung pang, dapat faham dengan akal je. Pulak dah, faham pun ade guna hati dan akal jugak ke...-.-'

Yes. Tarbiyah tu berjaya mengubah kehidupan kita. Dulu aku pun tak tahu Tarbiyah ni sebenarnya macam mana. Susah la nak cakap sebab Tarbiyah ni sgt besar makna dia. 

Apa pulak susah nak cakapnya..hang taip je pun.. -.-'

Bila mana kita ditarbiyah, kita akan nampak dengan jelas apa tujuan dan matlamat sebenar Allah ciptakan kita di muka bumi ini. Kalau tak, sebelum ni duk kejar lah sgt nak kerja hebat-hebat, pangkat Dato' Datin segala bagai, study sampai hidung berdarah punya hardcore nak dapatkan forplet. Macam hebat kan? Tak pun. Tak hebat langsung. Then bila da dapat kerja best-best, dapat pangkat Datin (ala tu pun sebab kahwin dengan Dato' kaya anak 4, cucu 6), dapat PhD, da dapat capai 'matlamat', kira da puas la hidup? Happy sebab 'akhirnya...inilah yang aku impikan selama ini..' 

Then? Da dapat semua tu nak buat apa kalau itu sahaja 'matlamat' dan 'tujuan' kita hidup kat dunia ni? Nampak kan macam mana kita selama ni mind set kita da salah! Senang je nak tahu tujuan dan matlamat sebenar kita sebab hidup kita ni berkait rapat dgn 3 persoalan ni je; 1) Kita ni datang dari mana sebenarnya? 2) Lepas ni kita nak ke mana? 3) Kita perlu buat apa sebenarnya kat dunia ni? Belajar pandai-pandai sampi obersi, kemudian dapat kerja best duduk dalam office aircond, kahwin bla bla bla.. Tu je ke? -.-'

1) Dari mana kita datang?

Bukan peta Malaysia je yg kita kena hafal ye, peta hidup pun kena sentiasa ingat dan aware jugak!
Dari mana kita datang? Tu...nampak tak gambar kita kat Alam Rahim tu, comel kan? hehe eh? Bukan, kita da wujud sblm alam rahim! Tapi kita tak ingat pun kan siap da ade perjanjian lagi. Cuba kita selak sikit apa Allah ingatkan kita pasal perjanjian kita tu :)

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini" 
[Al-A'raf:172]

Haaa.. Da ingat? Tak ingat jugak? Mmg kita tak ingat sebab itu semua tak dapat dicapai dengan akal fikiran kita yg secoit tu. Allah knows every single things. Allah tahu kita tak ingat pun perjanjian kita dengan Allah, sebab tu Allah bagi reminder, kita ade 'contract' dengan Allah. Yang kita ingat apa? Contract MARA je laaa.... -.-'

Kita in the middle sekarang ni. Alam Dunia. Ye kita sedang bermusafir.. Sedang berdagang mencari jalan pulang. Tapi kita tak pasti macam mana keadaan perjalanan kita ni. Berliku ke tak? Jam ke? Berapa banyak traffic light merah yang menggangu perjalanan kita? Selamat ke kita tiba ke destinasi nanti? Kita akan tiba ke destinasi yang kita inginkan ke tak? Ke sesat kat kampung sebelah?

2) Ke mana 'destinasi' kita?

Oo Jalan ke Syurga belok kanan. Aku nak pi Syurga, Hangpa sume nak pi mana pulak? Meh la kita pi sama sekali. Kita konvoi, JOM!!

Kalau tanya nak Syurga ke Neraka, gerenti 200% semua org nak ke Syurga. Tapi nak sampai sana kena shortlisted dulu. Kat satu tempat ni. Kat padang. Sape tahu tempat ni? Padang ni bukan tempat orang pi main sukaneka ke hape. Hardcore fan football worldcup pn tak jejak lagi. Nama tempat ni Padang Mahsyar... Tapi.. Nak sampai tempat ni pun bukan senang. Kena 'interview' dulu. Kita akan disoal tentang 'experience' kita sekarang kat dunia ni. Apa aktiviti yang kita buat, yang kita sumbang, apa pencapaian kita selama 'experience' kat dunia bla..bla..bla. Allah ada mention siapa je yg akn lulus 'interview' tu dan sampi ke Syurga dengan jayanya. Jom kita selak sikit kita tersenarai tak? :)

'Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan, kelak akan Kami masukkan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?'
[An-Nisa':122]

Ada tak? Agak-agak kita tersenarai tak ek dalam golongan yang dijanjikan Syurga ni?

3) Apa kita perlu buat untuk make sure kita sampi ke 'destinasi' yang kita inginkan?

Cuba ingat balik peta hidup kita tadi. Apa? Tak hengat???? -.-' scroll balik ke atas. Aish, sila makan kismis lebih sikit.

Khalifah. Ibadah (Abid).

Nah, ni la sebenarnya Aktiviti compulsory untuk pass 'interview' nanti. Khalifah? Apa perlu kita buat untuk dapat sijil khalifah ni? Jom cek syarat kelayakan :)

'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu " Dia berfirman, " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
[Al-Baqarah:30]

Kalau kita cek kat tafsir Al-Quran, khalifah ni adalah pengganti, pemimpin atau penguasa. Bahawa sesungguhnya amat besar tugas sebagai khalifah ni. Pemimpin yang akan memimpin yg lainnya tidak lain tidak bukan hanya untuk menegakkan syariat Islam. Kau hado? Mampu kau jah?

'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku' [Az-Zariyat:56]

Satu lagi tujuan kita hidup kat dunia ni. Continuous activities. Untuk beribadah kepada Allah. Untuk menjadi Abid. Bukan untuk jadi Datin, bukan untuk menjadi CEO CNN, bukan untuk jadi Duta periuk. Bukan semata-mata itu.Bukan..bukan..bukan.. 

"Aku solat da cukup 5 waktu, pose pn Alhamdulillah tak pernah tinggal tanpa sebab, zakat pun mummy daddy tiap tahun bayar, Haji in shaa Allah tahun ni ade rezeki nak pi kali ke-10 dengan mummy and daddy. Aku da jadi Abid.."

Anda pasti? (Gaya Jalaluddin Hassan, Who wants to be a Millionaire) krik krik.

Alahai.. Scope Ibadah bukan tu je. Bukan sekadar apa yg kita belajar kat sekolah, hat dalam buku pendidikan Islam semata-mata. Ibadah ni luas. Korek hidung pun boleh jadi Ibadah kalau kita niatkan untuk jaga kebersihan. Allah kan sukakan kebersihan. Bersih tu sebahagian dari Iman.. Dengan kata lain, kalau kita buat apa sekali pun, niatkan kerana Allah, in shaa Allah itu adalah Ibadah. Tapi biarlah kena cara. Janganlah pulak, 'sahaja aku mencuri kerana Allah Taa'la'. Apakah???? Potong tangan kang haaaa...takut tak?

**************************************************************************************

Sebab tu kot, Tarbiyah ni penting. Bukan setakat penting. Kalau boleh compulsory! Sebab hanya dengan Tarbiyah, kita akan faham semua ni dengan hati, dan bukan dengan akal semata. Susahlah untuk kita nampak semua ni kalau kita tak melihat dengan mata hati. 

Carilah Murobbi. Yang bisa terangkan semua ni. Yang bisa ajarkan kita cara untuk melihat dengan mata hati. Hanya dengan cara ini, kita akan beroleh Tarbiyah. Yakinlah bahawa Tarbiyah ni bisa merubah kita, hidup kita, cara kita, untuk kenal Allah.

Aku juga sedang ditarbiyah. Dalam perjalanan untuk memenuhi ciri-ciri kelayakan seorang khalifah, seorang Abid. Aku tahu bukan senang. Payah. Tapi aku nak 'resume' kita nanti penuh dengan 'experience' yang memudahkan kita untuk menempuhi sesi 'interview' nanti. Nanti masa kat Padang Mahsyar, harap sgt aku, kau, kita semua terpilih dalam senarai shortlisted tu. In shaa Allah.

Akhir kalam, mohon maaf tersalah kata,susunan bicara. Hanya sekadar perkongsian. Moga Allah redha. As Salam.

Sunday, March 23, 2014

One Step Further..

Aku yang dulu
Bukanlah yang sekarang..

Terngiang-ngiang lagu oleh Tegar ni. Bagai turut sama menyanyi bila membaca bait2 liriknya. Bila difikirkan, Ya.. Aku selalu berharap yang diri ini tak kan sama dgn yg dulu..Selalu mengharap yg aku yg hari ini lebih baik dari yg semalam. Teringat kata-kata yg dipetik dari drama 'Setia Hujung Nyawa'- TIADA INSAN SUCI YANG TIDAK ADA KISAH SILAM, TIADA INSAN BERDOSA YANG TIDAK ADA MASA DEPAN....

Aku akui, aku pernah hidup dalam kejahilan. Jahil dari segala sudut. Jahil tentang hala tuju lantaran terlalu asyik dgn keseronokan duniawi. Hidup ni sebenarnya penuh dgn pilihan. Allah bagi hak ke atas kita untuk pilih jalan yg ada. Tapi kadangkala kita ni xguna pn akal fikiran. Fikir seronok je memanjang. Sampai kita lupa apa tujuan dan matlamat Allah ciptakan kita kat dunia ni. Terlalu banyak yang aku buat selama ni hanya untuk keseronokan dunia semata.

" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka beroleh kebenaran.." [2:186]

Dan aku amatlah terkesan dengan ayat ini. Janganlah kita cari Allah bila kita kesusahan je. Allah tu sebenarnya sangatlah dekat dengan kita. Penghijrahan aku ke bumi Ireland sebenarnya satu nikmat yang sangat besar. Satu nikmat yang aku rasa tak ternilai. Kalau kita kenal Allah, kita akan selalu rasa yang Allah tu selalu ada untuk kita, selalu dekat dengan kita. Yakinlah dengan Allah, setiap perkara yang berlaku ke atas kita, buruk atau baik adalah ketentuan-Nya. Sunnatullah. Bersangka baiklah dengan Allah.

Dalam ayat ni, Allah kata, Allah akan kabulkan permintaan orang yang berdoa hanya apabila kita berdoa kepada Allah. Jadi, kalau kita nak Allah kabulkan permintaan kita, berdoalah. Macam mana? Banyak caranya. 

" Aku selalu je berdoa, tapi Allah tak kabulkan pun.."

Kan Allah dah kata, Allah akan kabulkan permohonan hamba-hamba-Nya apabila kita berdoa kepada-Nya. Allah akan kabulkan dalam bentuk 3 cara:

1. Allah kabulkan serta-merta
2. Allah tangguhkan permintaan kita kepada masa yang sesuai
3. Allah tak kabulkan permintaan kita tapi digantikan dengan yang lain

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Just bersangka baiklah dengan Allah. Hidup pasti akan tenang, In Shaa Allah :)

Jom hayati lirik lagu ni. Boleh menangis bila dengar bait-bait lirik ni. Reflek kat diri masing-masing, okay? Salam....