.

Monday, May 17, 2010

Antara CINTA dan CITA-CITA...



Aku Bukanlah manusia yang mampu hidup tanpa CINTA..

Dan bagiku CINTA bahkan lebih dari sekadar hidupku..
Tapi,kini, diriku mencuba untuk jauh dari CINTA..
Hanya untuk satu alasan : CITA-CITA.
Yang aku fikir..apabila telah aku raih CITA-CITA, mungkin akan kudapatkan CINTA apa pun yang aku mahu..
Ya, sepertinya alasan itu lebih berharga dari sebuah CINTA untuk saat ini, yang hanya mementingkan hati dan hasrat semata..
Aku bukan orang munafik, aku akui, aku terseksa dengan keadaan seperti ini..
Aku terseksa dengan kesendirianku, tanpa CINTA, dan tanpa kekasih..
Tapi aku juga menikmati keadaan ini, aku bebas melakukan apa yang aku mahu, tanpa takut harus ada yang terluka, kecewa, cemburu, dan yang sewaktu dengannya..
Semua telah aku fikirkan, CINTA soal mudah dan CITA-CITA adalah hal tersulit untuk saat ini..
Aku tidak mungkin dapat mengejar sekaligus keDUAnya.. biarlah Kukorbankan CINTA hanya demi sebuah CITA - CITA.
Terserah kalian mahu menganggap aku ini sebagai insan yang bagaimana..Tapi, ya.. inilah diriku..




No comments:

Post a Comment

de nk komen2??